Tuesday, August 19, 2014

Tidur senja?

Bismillah~ :)

Saya ambil sedikit petikan dari sini >>> http://haziatiatiey.blogspot.com/2012/03/jangan-tidur-waktu-senja tak-baik.html?showComment=1408424773726#c4427629611805366792

"Salah satu pantang larang yang sudah semakin dilupakan adalah tidur pada waktu senja. Sekarang ini main langgar saja, senja ke, subuh ke, semuanya sama. Satu perkara yang paling dijaga oleh orang-orang tua dahulu kala adalah tidur pada waktu senja. Jika anak kecik nak terlelap pun akan dikejutkan supaya jangan sampai tertidur pada waktu senja.

Ini disebabkan kerana syaitan suka berada di anatara dua keadaan,maka waktu tidur adalah antara waktu yang mudah untuk seseorang dimasuki syaitan.Ini kerana waktu tidur terletak antara hidup dan mati seseorang sebagaimana sabda Rasulullah SAW.

"Tidur itu saudara mata"

Jadi, ketika manusia tidur dalam keadaan lalai,maka mudahlah syaitan menerjah masuk ke dalam mimpi dan perasaan kita. Adakalanya manusia yang tidur akan mengalami mimpi yang menakutkan hasil serangan syaitan. Macam itu juga kita yang sering tidur pada waktu senja menjelang maghrib. Mereka akan mengalami kecelaruan fikiran tatkala bangun daripada tidur.

Memang tiada dalil yang melarang seseorang itu tidur selepas asar, tetapi apabila diperhatikan kepada bahaya membiarkan jasad dalam keadaan separuh sedar pada saat syaitan berkeliaran,maka sesetengah ulama melarang seseorang itu untuk tidur selepas asar.."

Baiklah, berbalik kepada pengalaman dalam keluarga saya sendiri. Adik saya ni dia ada keistimewaan sikit. Pada suatu hari ni, adik saya ni kalau terlajak tidur sampai waktu senja je mesti kena kacau. Dia cakap dia terdengar macam mak saya yang panggil dia suruh bangun yang berbunyi, "Woii, bangunlah!" Padahal mak saya tak panggil pun. Sebagai pengajaran, betul jugak kata orang-orang tua yang mengatakan tak elok tidur waktu senja. 

Kah2. Cerita merapu ni tapi ada cerita benar di sebaliknya. Terpulang pada sesiapa yang ingin mempercayainya atau tidak. Mana yang memberikan impak buruk, kita tinggal-tinggalkanlah dan mana yang memberikan impak baik, kita terus-teruskanlah. ;)


No comments:

Post a Comment