Wednesday, August 12, 2015

Penanggggggggg

Bismillah~

Nak coret sikit kenangan balik Penang raya taun ni. 20/7/2015 bersamaan 4 Syawal 1436. Mesti coret sebab 8 taun da tak balik. Mak la yang paling rindu nak balik sebab membesar kat situ. Hehe. Kampung Manis. Tu la kampung yang ada kat celah-celah bandaraya yang pesat membangun dengan menggila. Yang balik masa tu, saya, mak dengan izzat. Kitorang naik train. Oke, jakun la saya dengan izzat tak pernah naik train. Kekekeke. Mak da biasa da sebab tok wan memang kerja dengan KTMB. Dia angkut besi untuk buat landasan kereta api.


Roti dan sardin bawak dari rumah je.



Jakun melampau. 



Kereta api dijadualkan sampai 12.29 tengahari. Tapi, ditukar waktu ke 12.49 tengahari. Cacing kepanasan kitorang menanti. Bila sampai tu masing-masing pun ambik tempat duduk. Dalam gambar seatnya double dengan single. Tapi, dua-dua double. Nak buat macam mana. Duduk aje la. Seronok sebab boleh merayau sesuka hati dalam tu. Tak rasa penat langsung dan selesa jugak la. Kalau naik bas sangatlah penat.



Bukti naik kereta api. kekekeke.

Pemandangannya sangatlah indah. Tak terungkap oleh kata-kata. Kena rasa sendiri. Suka, sedih, semua ada. Dalam pukul 10.30 kitorang sampai stesen Butterworth. Pak su tunggu da kat sana. Bila jejak kaki kat Butterworth rasa nak lompat tinggi-tinggi je sebab lama daaaa tak sampai Penang. Loghat Penang suma mai laaaaa.


Sebelum turun kereta api.
Nampak tu tak ramai orang turun Butterworth.

Pastu mak nak makan kat Restoran Nasi Kandar Subaidah. Tapi, macam biasalah. Masakan situ tak kena dengan lidah mak. Kitorang sedap je. Hheheehheheh. Pastu bila sampai rumah tok, berubah banyak da. Dari atap, lantai, dapur, bilik air, semua lain da. Rindu. Rindu sangat. Pastu masing-masing lelap kat bilik tok wan.

Hari kedua, mak su masakkan sarapan pagi dengan tengahari. Cekap. Tak sempat nak tolong dia masak. Hihihii. Petang pulak mak nak pergi melawat sepupu mak kat Kuala Muda. Bila jumpa, masing-masing luah rasa. Cerita kisah dulu-dulu; makan nasi dengan garam, ikan masin, kutip kerang dengan ikan kecik-kecik kat laut, daun-daun kat keliling kampung untuk hidup. Legend!

Hari ketiga kitorang pergi ronda-ronda Penang. Kitorang naik feri dulu. Last time naik feri masa umur 5 atau 6 taun macam tu. Hihihihi. Mak nak duduk dalam kereta je. Tak mau tughun. Pak su jadi pemandu pelancong kitorang. :P










Naik feri lebih kurang dalam 10 ke 15 minit. Pastu kitorang pergi Padang Kota. Pak su suruh ambik gambar dengan Transformers dengan Francis Light dalam Fort Cornwallis. Kekekeke.


Malangnya, Optimus Prime duduk dalam kurungan.



Francis Light pun duduk dalam kurungan.
Duduk tepi kubu je la nampaknya. Peacee. V

 Pastu Pak su bawak kitorang pergi makan tengahari kat kedai makan nelayan. Sedap! Ikan pari cicah ayaq asam memang terbaik. Teringat-ingat lagi rasa ummphhh tu. Seusai makan, menujulah kami ke masjid dan destinasi akhir kami adalah ke Batu Ferringhi. Tak naik sampai atas pun. Cuma acah-acah duduk tepi laut je. Mak tak larat da nak turun. Jadinya, saya dengan Izzat je la. Sedih la kami berdua je. :D Nak buat macam mana. Pak su teman mak dalam kereta.








Penat jugak la walaupun bukan saya yang memandu. Sampai rumah tok dekat-dekat pukul 8. Berkejar-kejar solat, mandi semua. Esoknya saya, mak dengan Izzat berehat-rehat je dekat rumah. Malam baru borong jeruk madu Pak Ali untuk dibawa pulang. Rambang mata sungguh. Wuuuuu. Nasib la ada duit raya. Hehehhh.

Hari terakhir iaitu hari kelima kami di Penang adalah hari kami perlu pulang semula ke Muar. Pagi-pagi sebelum subuh lagi da siap-siap sambil tunggu subuh pastu terus gerak pergi stesen kereta api sebab tiket ke KL Sentral pukul 8.00 pagi. InshaAllah nanti sampai lagi Penang. Semoga mak kuat selalu. Heeee.

No comments:

Post a Comment