Monday, August 24, 2015

Birthday shout-out from my bestfriend

Bismillah~


Bukak instagram, tengok2 ada ucapan ni. Hehe.


" Birthday shout out to anumoren anumoren !! HAPPY 23rd BIRTHDAY to cik Faridah Hanum bt Ibrahim!! I wish u will always have a haappppyyy dayy even wif littlests things around you forever and ever..sememangnye ko nie org yg sgt mghargai bnde2 kck yg jadik..n ko ajar aku gak tok mghargai n menikmati kegembiraan dr bnde2 kck..even aku bwk balek popcorn dr wyg pon ko da rase best n suke giler..haha..slalu je wat aku terharu n rase happy n dihargai..sayang ko nom..tq sbb sabar dlm ajar aku mcm2 bnde..n slalu teman aku mse kite kat uia nun..dr first day masok uia pj ag kite da start jd bestfren smpai skg n still counting after this..what a nice person i have as a bestfren while studying..tq for everything sbb ko slalu bg aku smgt dlm byk bnde!! you deserve the best nom! Doakan ko bejaye dlm idop dunie n akhirat..love u nomnom! Budak suke makan time ngntuk..eh?hahaa.."


Wuuuwu kesat air mata


Siapa yang tak happy bilamana kawan baik kita bagi ucapan panjang2 untuk kita. Ihik ihik. Aku terkejut ko boleh describe diri aku yang sebenar. Sayang ko ika. Ko faham aku ni macam mana. Ko boleh terima kekurangan aku. Ko bagi semangat pada aku walaupun ko da tinggalkan aku kat uia ni. :p Tapi takpe lah, aku doakan ko bahagia selalu dunia akhirat. Terima kasih Syafiqah Ashikin binti Sarmon sebab sudi jadi kawan baik aku! huhuhuhuhuu

Monday, August 17, 2015

Humble


Bismillah~

Humble. Haa. Bukan main besar lagi wallpaper tu. Refleksi diri setiap hari. Try to ponder the meaning behind it.

Wednesday, August 12, 2015

Penanggggggggg

Bismillah~

Nak coret sikit kenangan balik Penang raya taun ni. 20/7/2015 bersamaan 4 Syawal 1436. Mesti coret sebab 8 taun da tak balik. Mak la yang paling rindu nak balik sebab membesar kat situ. Hehe. Kampung Manis. Tu la kampung yang ada kat celah-celah bandaraya yang pesat membangun dengan menggila. Yang balik masa tu, saya, mak dengan izzat. Kitorang naik train. Oke, jakun la saya dengan izzat tak pernah naik train. Kekekeke. Mak da biasa da sebab tok wan memang kerja dengan KTMB. Dia angkut besi untuk buat landasan kereta api.


Roti dan sardin bawak dari rumah je.



Jakun melampau. 



Kereta api dijadualkan sampai 12.29 tengahari. Tapi, ditukar waktu ke 12.49 tengahari. Cacing kepanasan kitorang menanti. Bila sampai tu masing-masing pun ambik tempat duduk. Dalam gambar seatnya double dengan single. Tapi, dua-dua double. Nak buat macam mana. Duduk aje la. Seronok sebab boleh merayau sesuka hati dalam tu. Tak rasa penat langsung dan selesa jugak la. Kalau naik bas sangatlah penat.



Bukti naik kereta api. kekekeke.

Pemandangannya sangatlah indah. Tak terungkap oleh kata-kata. Kena rasa sendiri. Suka, sedih, semua ada. Dalam pukul 10.30 kitorang sampai stesen Butterworth. Pak su tunggu da kat sana. Bila jejak kaki kat Butterworth rasa nak lompat tinggi-tinggi je sebab lama daaaa tak sampai Penang. Loghat Penang suma mai laaaaa.


Sebelum turun kereta api.
Nampak tu tak ramai orang turun Butterworth.

Pastu mak nak makan kat Restoran Nasi Kandar Subaidah. Tapi, macam biasalah. Masakan situ tak kena dengan lidah mak. Kitorang sedap je. Hheheehheheh. Pastu bila sampai rumah tok, berubah banyak da. Dari atap, lantai, dapur, bilik air, semua lain da. Rindu. Rindu sangat. Pastu masing-masing lelap kat bilik tok wan.

Hari kedua, mak su masakkan sarapan pagi dengan tengahari. Cekap. Tak sempat nak tolong dia masak. Hihihii. Petang pulak mak nak pergi melawat sepupu mak kat Kuala Muda. Bila jumpa, masing-masing luah rasa. Cerita kisah dulu-dulu; makan nasi dengan garam, ikan masin, kutip kerang dengan ikan kecik-kecik kat laut, daun-daun kat keliling kampung untuk hidup. Legend!

Hari ketiga kitorang pergi ronda-ronda Penang. Kitorang naik feri dulu. Last time naik feri masa umur 5 atau 6 taun macam tu. Hihihihi. Mak nak duduk dalam kereta je. Tak mau tughun. Pak su jadi pemandu pelancong kitorang. :P










Naik feri lebih kurang dalam 10 ke 15 minit. Pastu kitorang pergi Padang Kota. Pak su suruh ambik gambar dengan Transformers dengan Francis Light dalam Fort Cornwallis. Kekekeke.


Malangnya, Optimus Prime duduk dalam kurungan.



Francis Light pun duduk dalam kurungan.
Duduk tepi kubu je la nampaknya. Peacee. V

 Pastu Pak su bawak kitorang pergi makan tengahari kat kedai makan nelayan. Sedap! Ikan pari cicah ayaq asam memang terbaik. Teringat-ingat lagi rasa ummphhh tu. Seusai makan, menujulah kami ke masjid dan destinasi akhir kami adalah ke Batu Ferringhi. Tak naik sampai atas pun. Cuma acah-acah duduk tepi laut je. Mak tak larat da nak turun. Jadinya, saya dengan Izzat je la. Sedih la kami berdua je. :D Nak buat macam mana. Pak su teman mak dalam kereta.








Penat jugak la walaupun bukan saya yang memandu. Sampai rumah tok dekat-dekat pukul 8. Berkejar-kejar solat, mandi semua. Esoknya saya, mak dengan Izzat berehat-rehat je dekat rumah. Malam baru borong jeruk madu Pak Ali untuk dibawa pulang. Rambang mata sungguh. Wuuuuu. Nasib la ada duit raya. Hehehhh.

Hari terakhir iaitu hari kelima kami di Penang adalah hari kami perlu pulang semula ke Muar. Pagi-pagi sebelum subuh lagi da siap-siap sambil tunggu subuh pastu terus gerak pergi stesen kereta api sebab tiket ke KL Sentral pukul 8.00 pagi. InshaAllah nanti sampai lagi Penang. Semoga mak kuat selalu. Heeee.

Monday, August 10, 2015

Tanaman Herba


Tanaman herba from anumoren

Bismillah~

Ahaaa ni powerpoint slides yang saya gunakan semasa presentation subjek Bahasa Melayu Kerjaya (Sains Sosial) semester lepas. First time siapkan tugasan dengan perasaan yang bersemangat sebab kita buat benda yang kita suka. Gambar semuanya daripada pokok mak. Ni baru sikit. Baaaaaaanyak lagi. Tanaman herba yang lain akan menyusul nanti. Semua daun2 daripada tanaman kat dalam slides tu saya cuba da. Saya cuba sampai jadi hantu okeh. Hantu ulam. Kekekeke. Khasiatnya sangatlah banyak. Yang paling best bila ia bermanfaat untuk kesihatan dalaman dan luaran. Moga bermanfaat. :)

Sunday, August 9, 2015

Familiku Sayang

Bismillah~

Tetiba rasa nak cerita pasal famili sendiri. Bukannya apa. Da tua2 nanti nak baca balik. Biar jadi kenangan. Lagi satu, merekalah salah satu elemen kekuatan dalam diri saya. Kekuatan tau. Urghhh.

Ni Abah.
Mejar (B) Ibrahim bin Md. Saleh. Nampak garang ke tak garang? Abah ni laa yang paling tak garang dan sangat cool. Kebanyakan askar2 sekarang kerek. Ingat kita nak ngorat dia ke. Tapi, abah memang terbaik la. Boleh kira berapa kali dia pernah marah sepanjang saya hidup. 2 ke 3 kali je. Tak sampai satu minit pun. Kekekek. Ingat lagi masa sekolah dulu abah jemput naik motor balik sekolah sambil buat mata beso. Lama pulak tu. Abah memang saja nak buat lawak tengah2 panas terik. Hewwwwww.

Abah dulu askar tapi berhenti awal sebab mak tak larat nak pindah randah. Pastu abah berniaga dan usaha macam2. Walaupun kadang-kadang apa yang abah usahakan tak menjadi, tapi abah tak pernah putus asa. Sampailah dia pergi selama-lamanya. Waktu dia meninggal tu, dia pergi jauh dari kitorang. Dia meninggal kat RnR Kesas. Jatuh. Tapi tak ingat pulak sama ada dia sempat makan ubat atau tak. Beberapa hari sebelum tu dia balik kejap. Dia suruh pasang cadar putih.

Emm..ada jugak mak cerita abah bagitau dia yang mak tak payah risau sebab nanti ada kereta besar bawak balik dia sampai rumah. Rupanya van jenazah. Bermula saat tu jadilah saya anak yatim. Hujung tahun 2008 masa tu. Tuhan je tau macam mana saya terpaksa tabahkan diri nak pergi sekolah. Naik Form 5. SPM. Alhamdulillah. SPM 8A 2C. Hadiah untuk abah dan mak. Oke 2C subjek yang saya benci; FIZIK KIMIA. Huhu. Oke dah. Sampai situ je. Tak nak cerita banyak.

Ni Mak.
S/N Leha binti Saad. Mak adalah seorang jururawat. Ingat lagi masa sekolah dulu abah bawak saya dengan adik saya, Izzat, main kat kawasan hospital sementara tunggu mak balik. Kadang-kadang tunggu depan Wad Bersalin sebab mak kerja situ. Da bese da jadi tempat main lari-lari kitorang. Mak tabah. Mak garang. Hehe. Tapi, hati mak cepat lembut. Mak memang sangat kuat sejak abah pergi. Cuma lama jugak mak tak makan masa tu. Minum air je kut. Risau jugak la. Takut pengsan je. Nasib takde apa-apa yang buruk jadi.

Masakan mak memang terbaik. Tapi, mak sangat cerewet bab masak. Dari bab potong bawang sampai la ke bab hidang-menghidang, uuuuuu jangan la buat silap. Sebab tu mak tak bagi anak-anak dia masak lauk. Nanti ada yang tak kena. Paling koman pun dia bagi la jugak masak. Masak sayur. =,= Ataupun dia akan bagi saya masak bila dia betul-betul tak larat dan malas. Hhahahahah. Tapi, jarang la.

Satu lagi, bab isu semasa. Tanya je apa pun kat dia. Dia tau semuanya. Kekekeke. Dia tau semuanya melalui internet. So, pagi-pagi lagi dia akan baca apa-apa je maklumat kat internet menggunakan laptop. Bab pokok-pokok pun dia pro. Saya banyak belajar dari dia. Tu yang sampai jatuh cinta kat herba dengan pokok bunga. Hewwwwwww.

Ni Pit.
Ir. Mohd. Hafiz bin Ibrahim. Jarak umur kitorang jauh beza gila. 13 tahun. Kitorang tak berapa rapat sebab jumpa bila dia balik sesekali dalam weekend macam tu ataupun tahu perkembangan melalui Facebook. Tapi, salute kat dia sebab dia galas tugas sebagai abang sulung dengan sangat baik walaupun pada masa yang sama dia ada famili dia sendiri.

Pada saya, cukuplah dia da tolong saya macam-macam dari segi kewangan, barang-barang keperluan dsb. Tak perlu nak mintak banyak-banyak. Tu da banyak da tu. Bersyukur. Ya. Bersyukur. Dia juga ada semangat yang kuat untuk sambung belajar. Tapi tak ingat la lagi berapa tahun dia nak habis PHD. Keekkeke. Kesungguhan dia untuk belajar agama nampak sejak kebelakangan ni. Dia ada nasihat kat adik saya, masa muda ni belajar la ilmu agama banyak-banyak. Jangan sia-siakan.

Ni Pizah.
Dr. Hafizah binti Ibrahim. Hahaha. Jarak umur kitorang 11 tahun. Suka tengok muka dia. Cun. Dulu-dulu memang rapat dengan dia sebab muka kitorang sama kut. Eh yeke. Tak la. Hihi. Kadang-kadang masa kecik-kecik dulu saya duk nangis sebab bila kita da manja dengan kakak kita pastu dia nak sambung belajar mesti la sedih. Suruh dia beli macam-macam pulak tu kalau tau dia nak balik rumah. Kakak saya ni pun ada semangat yang kuat untuk sambung master. 3 tahun lagi habis la kut. Dari perjalanan hidup dia saya nampak dia seorang yang tak mengenal erti putus asa macam abah.

Mula-mula dia kerja dengan Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Pastu dia resigned dan bukak klinik sendiri. Tapi, klinik sendiri tu melibatkan belanja besar jugak. Kesian jugak tengok dia bersusah payah kerja awal pagi sampai lewat malam. Lastly, ada seorang doktor India offered kat dia untuk jadi doktor panel kat klinik cawangan yang doktor tu buka kat Bukit Pasir. Klinik Asia Bukit Pasir. Alhamdulillah, kehidupan dia nampak makin senang. Dan satu lagi, dia selalu tolong mak. Macam-macam dia tolong. Mungkin tu salah satu sebab jugak. Ada keberkatan rezeki di situ.

Ni Nana.
Teacher Suhana binti Ibrahim. Beza umur nana dengan saya 9 tahun. Lepas 9 tahun nana lahir, tup tup dapat saya. Mesti frustrated nana. Baru nak rasa jadi anak bongsu. Kekekeke. Opps lupa pulak. Kitorang semua takde perkataan kak atau abg kat depan. Kitorang bahasakan diri dengan nama je. Pit, Pizah, Nana, Anum, Izzat. Hehe. Okay, nana ni dengan dia pun saya rapat jugak lepas pizah. Kat sekolah garang giler okeh. Ajar sekolah rendah. Lepas abah meninggal, nana la yang ulang alik hantar dengan ambik saya dari sekolah.

Nasib la saya Form 5 da masa tu. Setiap hari kitorang gerak pukul 630/640 pagi untuk pergi sekolah. Sekolah saya kat SMKBM. Dia pulak kat SK Ismail 2. So, memang kena gerak awal jugak la. Cikgu belum kawen busy siket. :p Tak tau la kenapa. Rasa enjoy pergi sekolah dan alhamdulillah kitorang kuat hadapi kehilangan abah. Alhamdulillah juga nana da dapat lesen kereta masa tu. Sebelum tu, dia da berlatih bawak kereta dan abah check kat sebelah.

Tapi, lepas dia kawen dia pindah sekolah kat Kemaman. Tinggallah saya dan izzat. :D Terima kasih jugak kat nana sebab banyak tolong. Dari anum habis sekolah sampai la nak masuk u. Nak ke mana-mana semua dia bawak.

Ni Izzat.
Muhammad Izzat bin Ibrahim. Haaa. Sekarang ni apa-apa cerita kebanyakannya cerita kat Izzat. Yela, abang dengan kakak-kakak semua da kawen. Tsk tsk. Dia ni punya cerita pun terbaik jugak. Bangkit dari kejatuhan. Kesian tengok dia masa dapat keputusan Sem 1 Form 6. Dia tau dia belajar main. Bila dapat result kurang memberangsangkan, mau merana. Makan tak nak. Senyap je berhari-hari. Duk study je memanjang. Haha. Kesedaran hadir.

Alhamdulillah. Result akhir dia menggembirakan. Tak sia-sia usaha dia. Bukannya tak boleh. Cuma tak usaha. Bila usaha pastu mintak pada dia, inshaAllah Dia bagi yang terbaik. Tengah tunggu UPU je la dia sekarang ni. Sambil tu jadi driver saya dan mak. Weeeeeeeeee. Dia dah macam ketua rumah bila duduk rumah ni. Macam-macam dia buat. Moga Allah balas yang terbaik buat dia. Oke izzat, jangan kembang anum puji nihh. Anum harap izzat dapat bidang Geografi lah. Lagipun minat kan.

Begitulah cerita famili saya yang tak berapa besar sangat nih. Kalau nak cerita pasal atuk dengan nenek, dua-dua belah mak dengan abah da takde da. Dari 2012 sampai sekarang tak merasa da ada atuk dengan nenek. Hehe. Abah kepada abah meninggal masa abah 15 tahun. Mak tok meninggal 2005. Tok meninggal 2009. Tok wan meninggal 2012. Sedih tau. Berderet-deret kematian. Paling sedih kematian demi kematian lepas abah pergi; 2008 2009 2012. Semuanya kat rumah yang saya tinggal sekarang. Rumah ni sangatlah banyak sentimental valuesnya.

 Hee. Takpe. Semuanya ada hikmah. Bersangka baik. Bersabar dan bersyukur. :)