Saturday, January 23, 2016

Kerabu Pucuk Gajus

Bismillah~

Sebagai catatan. Kalau tak catat, nanti lupa.

Bawang hiris melintang
Pucuk gajus hiris melintang
Udang letak banyak-banyak lagi bagus (celur kejap dengan air yang mendidih) dan jangan lupa buang taik
Belimbing buluh 2 ke 3 biji
Belacan besar ibu jari
Cabai besaq 1 / separuh
Cili api 5 biji. Lebih lagi bagus
Lemon agak-agak la nak masam macam mana
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

(Belacan + cabai besaq + cili api tumbuk atau blend kejap)

Yummeh.

Monday, October 19, 2015

Happy Birthday Asma'

Bismillah~

Selamat hari lahir Asma'. Semoga Allah melindungimu selalu dan mempermudahkan segala urusanmu. Begitu juga buat semua ; Farah, Rahmah, Mira, dengan Jannah. Terima kasih kerana sudi jadi kawan kami. Kami ni tak baik mana. Tapi, bersyukur dapat kenal korang. Kami ambik berkat siket kebaikan korang dengan menjadi kawan korang. Maaf jugak sebab senyap dalam kereta. Semua sebab batuk yang menjadi-jadi. Nak cakap banyak nanti batuk pulak kerjanya nanti. Maaf2. 


 


Akhir kata, sayang semua. Sayang. <3

Monday, August 24, 2015

Birthday shout-out from my bestfriend

Bismillah~


Bukak instagram, tengok2 ada ucapan ni. Hehe.


" Birthday shout out to anumoren anumoren !! HAPPY 23rd BIRTHDAY to cik Faridah Hanum bt Ibrahim!! I wish u will always have a haappppyyy dayy even wif littlests things around you forever and ever..sememangnye ko nie org yg sgt mghargai bnde2 kck yg jadik..n ko ajar aku gak tok mghargai n menikmati kegembiraan dr bnde2 kck..even aku bwk balek popcorn dr wyg pon ko da rase best n suke giler..haha..slalu je wat aku terharu n rase happy n dihargai..sayang ko nom..tq sbb sabar dlm ajar aku mcm2 bnde..n slalu teman aku mse kite kat uia nun..dr first day masok uia pj ag kite da start jd bestfren smpai skg n still counting after this..what a nice person i have as a bestfren while studying..tq for everything sbb ko slalu bg aku smgt dlm byk bnde!! you deserve the best nom! Doakan ko bejaye dlm idop dunie n akhirat..love u nomnom! Budak suke makan time ngntuk..eh?hahaa.."


Wuuuwu kesat air mata


Siapa yang tak happy bilamana kawan baik kita bagi ucapan panjang2 untuk kita. Ihik ihik. Aku terkejut ko boleh describe diri aku yang sebenar. Sayang ko ika. Ko faham aku ni macam mana. Ko boleh terima kekurangan aku. Ko bagi semangat pada aku walaupun ko da tinggalkan aku kat uia ni. :p Tapi takpe lah, aku doakan ko bahagia selalu dunia akhirat. Terima kasih Syafiqah Ashikin binti Sarmon sebab sudi jadi kawan baik aku! huhuhuhuhuu

Monday, August 17, 2015

Humble


Bismillah~

Humble. Haa. Bukan main besar lagi wallpaper tu. Refleksi diri setiap hari. Try to ponder the meaning behind it.

Wednesday, August 12, 2015

Penanggggggggg

Bismillah~

Nak coret sikit kenangan balik Penang raya taun ni. 20/7/2015 bersamaan 4 Syawal 1436. Mesti coret sebab 8 taun da tak balik. Mak la yang paling rindu nak balik sebab membesar kat situ. Hehe. Kampung Manis. Tu la kampung yang ada kat celah-celah bandaraya yang pesat membangun dengan menggila. Yang balik masa tu, saya, mak dengan izzat. Kitorang naik train. Oke, jakun la saya dengan izzat tak pernah naik train. Kekekeke. Mak da biasa da sebab tok wan memang kerja dengan KTMB. Dia angkut besi untuk buat landasan kereta api.


Roti dan sardin bawak dari rumah je.



Jakun melampau. 



Kereta api dijadualkan sampai 12.29 tengahari. Tapi, ditukar waktu ke 12.49 tengahari. Cacing kepanasan kitorang menanti. Bila sampai tu masing-masing pun ambik tempat duduk. Dalam gambar seatnya double dengan single. Tapi, dua-dua double. Nak buat macam mana. Duduk aje la. Seronok sebab boleh merayau sesuka hati dalam tu. Tak rasa penat langsung dan selesa jugak la. Kalau naik bas sangatlah penat.



Bukti naik kereta api. kekekeke.

Pemandangannya sangatlah indah. Tak terungkap oleh kata-kata. Kena rasa sendiri. Suka, sedih, semua ada. Dalam pukul 10.30 kitorang sampai stesen Butterworth. Pak su tunggu da kat sana. Bila jejak kaki kat Butterworth rasa nak lompat tinggi-tinggi je sebab lama daaaa tak sampai Penang. Loghat Penang suma mai laaaaa.


Sebelum turun kereta api.
Nampak tu tak ramai orang turun Butterworth.

Pastu mak nak makan kat Restoran Nasi Kandar Subaidah. Tapi, macam biasalah. Masakan situ tak kena dengan lidah mak. Kitorang sedap je. Hheheehheheh. Pastu bila sampai rumah tok, berubah banyak da. Dari atap, lantai, dapur, bilik air, semua lain da. Rindu. Rindu sangat. Pastu masing-masing lelap kat bilik tok wan.

Hari kedua, mak su masakkan sarapan pagi dengan tengahari. Cekap. Tak sempat nak tolong dia masak. Hihihii. Petang pulak mak nak pergi melawat sepupu mak kat Kuala Muda. Bila jumpa, masing-masing luah rasa. Cerita kisah dulu-dulu; makan nasi dengan garam, ikan masin, kutip kerang dengan ikan kecik-kecik kat laut, daun-daun kat keliling kampung untuk hidup. Legend!

Hari ketiga kitorang pergi ronda-ronda Penang. Kitorang naik feri dulu. Last time naik feri masa umur 5 atau 6 taun macam tu. Hihihihi. Mak nak duduk dalam kereta je. Tak mau tughun. Pak su jadi pemandu pelancong kitorang. :P










Naik feri lebih kurang dalam 10 ke 15 minit. Pastu kitorang pergi Padang Kota. Pak su suruh ambik gambar dengan Transformers dengan Francis Light dalam Fort Cornwallis. Kekekeke.


Malangnya, Optimus Prime duduk dalam kurungan.



Francis Light pun duduk dalam kurungan.
Duduk tepi kubu je la nampaknya. Peacee. V

 Pastu Pak su bawak kitorang pergi makan tengahari kat kedai makan nelayan. Sedap! Ikan pari cicah ayaq asam memang terbaik. Teringat-ingat lagi rasa ummphhh tu. Seusai makan, menujulah kami ke masjid dan destinasi akhir kami adalah ke Batu Ferringhi. Tak naik sampai atas pun. Cuma acah-acah duduk tepi laut je. Mak tak larat da nak turun. Jadinya, saya dengan Izzat je la. Sedih la kami berdua je. :D Nak buat macam mana. Pak su teman mak dalam kereta.








Penat jugak la walaupun bukan saya yang memandu. Sampai rumah tok dekat-dekat pukul 8. Berkejar-kejar solat, mandi semua. Esoknya saya, mak dengan Izzat berehat-rehat je dekat rumah. Malam baru borong jeruk madu Pak Ali untuk dibawa pulang. Rambang mata sungguh. Wuuuuu. Nasib la ada duit raya. Hehehhh.

Hari terakhir iaitu hari kelima kami di Penang adalah hari kami perlu pulang semula ke Muar. Pagi-pagi sebelum subuh lagi da siap-siap sambil tunggu subuh pastu terus gerak pergi stesen kereta api sebab tiket ke KL Sentral pukul 8.00 pagi. InshaAllah nanti sampai lagi Penang. Semoga mak kuat selalu. Heeee.